• This is default featured slide 1 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

Senarai Dana Unit Amanah Patuh Syariah Terbaik 12 Mac 2018

Berdasarkan Lipper Fund Table yang disiarkan dalam Majalah The Edge Edisi 1205, dapat disimpulkan bahawa Dana Eastspring Investment Dinasti Equity menduduki kedudukan PERTAMA dengan pulangan sebanyak 98.27%.

Ini berdasarkan Jumlah Pulangan Terkumpul atau Total Return dalam jangka masa 5 tahun bermula 1 Mac 2013 sehingga 1 Mac 2018.

Secara umumnya, jika anda melabur dalam dana ini iaitu Eastspring Investment Dinasti Equity sebanyak RM1,000 pada 1/3/2013, maka sekarang (2/3/2018) anda telah mendapat kenaikan pelaburan = untung sebanyak 98.27% (bersamaan RM982.70).

Maka nilai pelaburan anda sekarang berjumlah RM1,982.70 (Modal RM1,000 + Untung RM982.70).

Ini bermakna anda mendapat keuntungan yang LEBIH BESAR jika melabur di dalam unit amanah.

Di sini disertakan 20 dana patuh syariah terbaik bagi tempoh 5 tahun berdasarkan rujukan utama kami iaitu Lipper Fund Table yang boleh didapati pada akhbar mingguan ekonomi terkenal, The Edge.

Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257

https://wasap.my/60123578910/UnitAmanah


Share:

Maklumat Am Dana Eastspring Investment Dinasti Equity Bulan Mac 2018


Tujuan Dana:
Memberi para pelabur pertambahan modal jangka panjang dengan melabur dalam dana patuh Syariah dengan berfokuskan kepada rantau Tanah Besar China.

Peruntukan aset:
1. Technology 42.56%
2. Industrials 12.32%
3. Consumer Goods 12.06%
4. Cash & cash equivalents 6.53%
5. Telecommunications 5.77%
6. Consumer Services 5.71%
7. Health care 4.52%
8. Utilities 3.62%
9. Basic Materials 3.14%
10. Oil & Gas 2.69%
11 Financials 1.08%

Peruntukan Pelaburan Negara:
1. China 44.30%
2. Taiwan 25.35%
3. Hong Kong 22.42%
4. Cash 6.53%
5. United States 1.40%

Peruntukan Syarikat:
1. Taiwan Semiconductor Manufacturing Co., Limited 9.80%
2. Alibaba Group Holding Limited 9.05%
3. Tencent Holdings Limited 8.90%
4. China Mobile Limited 4.93%
5. Baidu, Inc. 4.92%


Semua data bertarikh 28 Febuari 2018


Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257

https://wasap.my/60123578910/UnitAmanah



Share:

Naik Kepada 30%

Kuala Lumpur : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menaikkan kadar pemindahan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk pelaburan melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana unit amanah kepada 30 peratus berbanding 20 peratus sebelum ini.

la meliputi IPD dan dana unit amanah yang layak ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP), berkuatkuasa dari 1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2019.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata, pihaknya memberikan fleksibiliti untuk mempelbagaikan portfolio persaraan dan potensi untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli.

“Ahli yang memenuhi kriteria Simpanan Asas layak memindahkan sebahagian daripada simpanan Akaun 1 kepada IPD pilihan mereka.

“Jumlah yang layak dipindahkan dinaikkan kepada tidak melebih 30 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun l," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi memastikan ahli mempunyai simpanan minimum sekurang—kurangnya RM228,000 apabila mencapai umur 55 tahun.

Menurutnya, berkuatkuasa tahun lalu, had 30 peratus pendedahan kepada pelaburan asing dimansuhkan supaya ahli yang menyertai skim berpeluang melanggani dana yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta memanfaatkan pelbagai peluang yang terdapat di pasaran asing.

“Penambahbaikan ini mengambil kira jangkaan ahli yang berubah serta perkembangan dalam industri pengurusan dana,” katanya.

Menurutnya, KWSP juga kini sedang membangunkan portal elektronik SPA (e-Members Investment Scheme - e-MIS) di mana ahli boleh melakukan transaksi secara dalam talian dengan kos yang lebih rendah.

“Platform e-MIS ini bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun 2019.

“Ia akan memberi ahli lebih akses dan meningkatkan ketelusan untuk mendapatkan maklumat dana yang ditawarkan, harga serta prestasi dana di bawah skim SPA agar ahli boleh membuat perbandingan dan membuat keputusan pelaburan terbaik berdasarkan keperluan dan selera risiko masing-masing,” katanya.

Nasir berkata, buat masa ini, ahli juga boleh menggunakan Portal Maklumat Dana yang boleh diakses menerusi i-Akaun.

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 01 Mac 2018

Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257



Share:

Keratan Harian Metro : Terjerat Skim Mengarut

Shah Alam - Tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, dipercayai antara punca sesetengah rakyat terutama golongan pekerja yang memiliki caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekeria (KWSP) mudah terpedaya untuk menyertai pelbagai skim pelaburan tidak sah atau diragui statusnya.

Seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Azrul, 33, berkata, pencarum adalah golongan sasar paling mudah untuk didekati dan akhirnya terjebak dengan skim pelaburan yang kononnya memberi pulangan lumayan kepada
mereka.

Petugas sebuah agensi kerajaan di Sepang itu mangakui beliau adalah antara mangsa penipuan sebuah syarikat pelaburan yang diragui statusnya sehingga kerugian kira-kira RM5,000, tiga tahun lalu.

“Jika dilihat pendekatan yang digunakan, mereka ini memang menyasarkan pencarum sebab kita memang ada simpanan (wang) dalam KWSP,” katanya.

Azrul berkata, akibat terpedaya dengan skim pelaburan yang kononnya menawarkan pulangan dua kali ganda daripada modal
dikeluarkan, beliau mengambil jalan mudah mengeluarkan
wang simpanan daripada akaun KWSP yang dimilikinya.

Bermodalkan RM5,000 wang KWSP, beliau melabur dalam skim pelaburan yang diperkenalkan rakannya.

“Malangnya, duit itu walaupun tidak banyak, ia hilang macam itu saja, syarikat pelaburan itu tutup dan ejennya menghilangkan diri," katanya.

Sementara itu perunding unit amanah (UTC) dari sebuah agensi, Mohd Azmer Md Zainol mengingatkan pencarum supaya sentiasa menyemak senarai seflap agensi kewangan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) atau pihak berkaitan sebelum membuat sebarang pelaburan.

Beliau berkata pencarum perlu mengetahui saluran pelaburan dibenarkan contohnya syarikat pengurusan dana dipanggil Syarikat Pengurusan Unit Amanah (UTMC).

“UTMC ini dipantau Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan beroperasi oleh BNM dan Kememerian Kewangan selain wang pelaburan kita akan dilindungi serta dijamin Pemegang Amanah (Trustee) dilantik UTMC," katanya. - BERNAMA

Sumber : Harian Metro
Tarikh : 17 November 2017

Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257


Share:

KWSP Semak Senarai Dana Unit Amanah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyemak semula senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan dana unit amanah yang layak ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA KWSP), berkuat kuasa 1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2018.

Pengurus dana persaraan terbesar negara itu berkata, senarai dana unit amanah yang ditawarkan di bawah SPA KWSP adalah dana yang dinilai berdasarkan kriteria ditetapkan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif(gambar), berkata sebanyak 259 dana unit amanah layak ditawarkan di bawah SPA KWSP daripada 22 IPD untuk tempoh 2017/2018 berbanding 313 dana unit amanah daripada 23 IPD untuk tempoh 2016/2017.

Katanya, bagi tempoh tawaran 2017/2018, KWSP meningkatkan skor kelayakan minimum pengiraan Purata Mudah Untuk Pulangan Konsisten (SACR) yang wajib dicapai kepada 2.33 dari 2.00 sebelumnya.

Beliau berkata, langkah itu bagi menjamin kepentingan ahli yang melabur di bawah SPA KWSP melalui penyingkiran dana atau IPD yang menunjukkan prestasi rendah.

“IPD dimaklumkan bahawa skor kelayakan minimum akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat bagi menjamin kualiti dana yang ditawarkan di bawah skim ini.

“Memandangkan KWSP meningkatkan skor kelayakan minimum kepada 2.00 daripada 1.67 pada 2013, kini tepat masanya untuk meningkatkan lagi skor berkenaan kepada 2.33,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

SACR diperkenalkan oleh KWSP pada 2010 dan dikira berdasarkan prestasi agregat sesebuah dana dalam tempoh tiga tahun, dibandingkan dengan prestasi dana dalam kumpulan yang setaraf serta pencapaian
industri.

Peluang ahli melanggan dana
Nasir berkata, senarai baharu turut menyediakan pelbagai pilihan kepada ahli yang ingin mempelbagaikan pelaburan, berikutan pembatalan had 30 peratus pendedahan kepada pelaburan asing yang berkuatkuasa Ogos 2016.

Katanya, ahli kini berpeluang melanggani dana yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta memanfaatkan pelbagai peluang yang terdapat di pasaran-pasaran asing.

Beliau berkata, SPA KWSP membenarkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi meningkatkan simpanan persaraan mereka.

“Berkuat kuasa 1 Januari 2017, ahli boleh memindahkan simpanan tidak melebihi 30 peratus (daripada tidak melebihi 20 peratus sebelumnya) setiap tiga bulan daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam
Akaun 1 melalui IPD yang dilantik,” katanya.

Sumber : Berita Harian
Tarikh : 01 Mac 2017
Penulis : Mohd Zaky Zainuddin

Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257

https://wasap.my/60123578910/UnitAmanah



Share:

Apa itu Dana Ekuiti?



Dana ekuiti ialah sejenis dana amanah yang tertumpu kepada pelaburan dalam pasaran modal, seperti saham atau stok dan ia mengutamakan peluang untuk kenaikan modal kepada pemegang unit saham tersebut.

Saham ini diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Pelaburan saham ini merujuk kepada pembelian pegangan saham dalam syarikat-syarikat perniagaan bagi mendapatkan sebahagian dari pendapatan dan aset syarikat-syarikat tersebut.

Apabila kita membeli stok atau saham tersebut, kita sebenarnya memiliki sebahagian dapida syarikat tersebut dan berhak menghadiri dan juga mengundi dalam mesyuarat agung syarikat tersebut.

Sebagai pemegang saham, kita akan menerima faedah daripada segala keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar dan juga daripada kenaikan harganya di pasaran saham.

Tujuan syarikat-syarikat ini menerbitkan saham adalah untuk memperoleh dana tambahan bagi meneruskan operasi syarikat dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman daripada lain-lain sumber luar seperti pinjaman daripada bank perdagangan (pinjaman luar ini boleh meningkatkan risiko kewangan syarikat tersebut).

Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257

Share:

Keratan Berita Harian : Ramai Sertai Unit Amanah Kini Jutawan

Lebih satu pertiga daripada jutawan Malaysia yang terbabit dalam Kaji Pelabur Unit Amanah 2015 yang dijalankan Eastspring Investments Bhd menjadi jutawan dengan melabur dalam unit amanah. 

Malah, 16 peratus daripada responden kaji selidik itu buat pertama kali memperoleh RMl juta ketika berusia 37 tahun.

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Eastspring Investments, Yap Siok Hoon, berkata kajian itu yang membabitkan 401 responden dari Malaysia, menyaksikan unit amanah menjadi instrumen pelaburan paling popular bagi mereka yang ingin menjadi jutawan.

Dari segi pelaburan yang menawarkan pulangan paling menarik, katanya, hasil kaji selidik itu menunjukkan pelaburan dalam unit amanah adalah pilihan kedua selepas hartanah.

“Rekod pulangan kukuh yang dicatatkan dalam pelaburan unit amanah menjadi faktor pelabur memilih pelaburan itu dalam mencapai hasrat untuk menjadi jutawan.

Jadi pilihan utama
“Pelaburan dalam unit amanah menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menjadi jutawan, malah membolehkan mereka memperoleh RMl juta pertama mereka dalam usia muda,” katanya pada pembentangan hasil kaji selidik itu di Kuala Lumpur, semalam.

Siok Hoon, berkata, hasil kaji selidik itu juga menunjukkan pelaburan dalam saham dan tunai (ringgit) dilihat adalah pelaburan paling tinggi untuk pelabur mengalami kerugian berbanding unit amanah dan hartanah.

Katanya, dari segi kesediaan persaraan, rakyat Malaysia dan Indonesia lebih bersedia untuk tujuan itu berbanding responden negara lain.

Sumber : Berita Harian
Tarikh : 3 Oktober 2015

Jika berminat untuk melabur unit amanah @ unit trust, sila hubungi:

MOHD AZHAR B. KORDI
012 - 357 8910
PMB 01257




Share:

Popular Posts

Recent Posts